fbpx

Perkembangan Tanaman Kelapa Sawit di Malaysia

Kelapa Sawit merupakan tanaman yang sinonim dengan Masyarakat Malaysia. Tanaman Kelapa Sawit telah menjadi tanaman komoditi dominan di Malaysia sejak di perkenalkan pada tahun 1848 dan mula di tanam secara komersial di Kuala Selangor pada tahun 1917. Kini Malaysia merupakan negara kedua tertinggi mengeluarkan hasil Kelapa Sawit di peringkat global. 

Berikut merupakan negara pengeluar hasil Kelapa Sawit mengikut ranking global:

  1. Indonesia
  2. Malaysia
  3. Thailand
  4. Columbia
  5. Nigeria

Keluasan Kawasan Penanaman Kelapa Sawit di Malaysia

Merujuk kepada jadual, sejumlah 5.8 juta hektar keluasan tanah di Malaysia digunakan untuk penanaman pokok Kelapa Sawit. Jumlah ini adalah termasuk ladang-ladang kelolaan kerajaan dan pihak swasta, ladang-ladang berkelompok dan juga pekebun-pekebun kecil.

Sabah dan Sarawak mengatasi jumlah keseluruhan kawasan tanaman Kelapa Sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah kawasan yang di tanam Pokok Kelapa Sawit di Sabah dan Sarawak ialah 3.1 juta hektar berbanding keseluruhan Semenanjung Malaysia sebanyak 2.7 juta hektar sahaja. 

Jelas dapat di simpulkan bahawa keluasan tanah yang dimiliki Sabah dan Sarawak mempengaruhi trend ini.

Di Semenanjung Malaysia, Pahang merupakan negeri yang mempunyai keluasan tanah penanaman Kelapa Sawit yang terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung iaitu sebanyak 780 ribu hektar.

Jumlah keluasan tanaman Kelapa Sawit di Semenanjung Malaysia di ikuti oleh Johor (740 ribu hektar), Perak (390 ribu hektar), Negeri Sembilan (190 ribu hektar), Terengganu (179 ribu  hektar), Kelantan (168 ribu hektar) dan Selangor (127 ribu hektar).

Manakala, Perlis (694 hektar), Pulau Pinang (13 ribu hektar), Melaka (56 ribu hektar) dan Kedah (90 ribu hektar) merupakan negeri-negeri yang mempunya keluasan tanah tanaman Kelapa Sawit yang sedikit di Semenanjung Malaysia berbanding dengan negeri-negeri di atas.

Banyak faktor yang mempengaruhi keluasan tanaman Kelapa Sawit di setiap negeri di Malaysia seperti kedudukan tanah rancangan kerajaan (Felda, Felcra dan sebagainya), sokongan pihak Swasta dan Individu.

One thought on “Perkembangan Tanaman Kelapa Sawit di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered By WordPress | Awe Blog