Baja Cap Seladang semakin tidak asing diperkatakan dikalangan pekebun sawit di Malaysia. Baja Kelapa Sawit ini semakin dipercayai penggunaannya terutama dikalangan pekebun kecil. Penggunaannya yang mudah, harganya yang mampu milik dan keberkesanannya menyebabkan Baja Kelapa Sawit ini menambah keyakinan pekebun untuk mencuba dan seterusnya menjadikan Baja Kelapa Sawit ini sebagai baja utama untuk pembajaan Kelapa Sawit.
Baja Cap Seladang diperkenalkan pada pekebun Kelapa Sawit pada tahun 2007 kepada pekebun kecil Kelapa Sawit. Kini pada tahun 2021, usia Baja Cap Seladang sudah menjangkau 15 tahun dipasaran. Kini, Baja Cap Seladang telah berjaya dipasarkan kepada Pekebun Kelapa Sawit dan Pemilik Ladang Kelapa Sawit di Seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Formulasi Baja Cap Seladang ini pada awalnya bertumpu kepada tanaman Kelapa Sawit, namun yang demikian, Baja Sawit Cap Seladang ini sebenarnya sesuai digunakan untuk tanaman lain seperti getah, pokok durian, pokok buah-buahan, tanaman kontan dan sayuran.
Pengguanaan dari segi kuantiti berbeza-beza untuk setiap jenis pokok. Secara amnya Baja Cap Seldang ini sesuai digunakan untuk pokok yang berfizikal besar dan berbatang keras.
Baja Cap Seladang dihasilkan dengan 2 variant.
1. Baja Cap Seladang (Penggalak/Pemberat Buah)
2. Baja Cap Seldang Greentech (Penyubur/Rawatan Pokok)

Kandungan Baja Cap Seladang
Baja Cap Seladang merupakan Baja NPK. Kandungan NPK Baja Cap Seladang berbeza bagi setiap variant.
- Baja Cap Seladang (Penggalak/Pemberat Buah) NPK 10:15:27
- Baja Cap Seladang Greentech (Penyubur/Rawatan Pokok) NPK 15:15:15
Kandungan NPK variant Baja Cap Seldang ini jelas menunjukkan samaada varint itu sesuai untuk digunakan untuk tumbesaran buah atau tumbesaran pokok.
Selain daripada mengandungi Nitrogen, Phosfat dan Kalium, Baja Cap Seldang juga mengandungi unsur-unsur TE yang dapat memberi nutrien tambahan kepada Pokok Kelapa Sawit dan juga tanaman-tanaman lain yang mengunakan Baja Cap Seladang.
Unsur-unsur TE tersebut adalah MgO (Magnesium Oxide), B(Boran), Cu(Copeer), Fe (Ferum), Mn (Mangan), Mo(Molydenum dan Zn (Zinc)
Setiap element memainkan peranan berbeza untuk kebaikan dan tumbesaran Pokok Kelapa Sawit dan juga tanaman-tanaman lain.
Sebagai maklumat tambahan, Baja Cap Seladang ini mengandungi bahan lengai yang amat minimum. Bahan lengai ini berfungsi untuk mengikut unsur-unsur yang terdapat didalam baja supaya tidak mudah terurai ke udara.
Dengan kajian yang dilakukan oleh Cap Seladang Industries, Baja Cap Seladang dapat dihasilkan dengan penggunaan minimum bahan lengai dan tidak mudah terurai ke udara. Denga penggunaan bahan lengai yang minimum, Baja Cap Seldang ini lebih ringan dan mudagh digunakan berbanding dengan baja-baja lain.

