fbpx

Pengurusan Tanaman Sawit di Tanah Gambut

TEKNIK PENGURUSAN PENANAMAN SAWIT DI TANAH GAMBUT

Teknik penanaman sawit di tanah gambut mengambil kira faktor kepadatan pukal tanah rendah dan susutan tanah dengan tujuan meminimakan kejadian pokok condong dan tumbang. Pemilihan teknik penanaman bergantung kepada kedalaman lapisan gambut dan kaedah penyediaan kawasan. Semasa kerja penanaman, air ladang perlu dikawal di paras 50 cm – 70 cm dari permukaan tanah.

Tiga teknik penanaman Pokok Kelapa Sawit yang disyorkan di tanah jenis gambut:

Teknik Penanaman Lubang dalam Lubang

  1. Saiz lubang besar ialah 1.0 m x 1.0 m x 0.3 m dan 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m bagi lubang tanaman.
  2. Kerja mengali lubang tanaman dijalankan secara manual (cangkul) atau menggunakan excavator yang dipasang dengan acuan khas lubang tanaman.
  3. Teknik disyorkan di kawasan gambut cetek, gambut sederhana dalam dan gambut dalam yang tidak dipadatkan.

Teknik Penanaman Lubang Biasa

  1. Penanaman perlu dijalankan dalam keadaan agak dalam bagi menghalang kejadian pokok condong dan tumbang pada tahun pertama selepas tanam.
  2. Teknik ini disyorkan di Kawasan gambut dalam yang dipadatkan.

Teknik Penanaman Lubang Sendeng Sehala

  1. Hanya disyorkan di tanah gambut sederhana dalam dan gambut dalam yang dipadatkan.
  2. Teknik ini mengalakkan pokok sawit condong sehala.
  3. Berupaya meminimumkan masalah kejadian pokok condong atau tumbang yang berselerak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered By WordPress | Awe Blog